Thursday 24 October 2013

Masih ada sinar kebahagiaan

Assalamualaikum untuk anda yang di rahmati ALLAH.

Semua pasangan yang berkahwin pasti mengidamkan cahaya mata yang sihat dan sempurna, begitu juga aku, pelbagai perasaan yang aku rasakan bila disahkan mengandung, teruja, gementar, takut dan berdebar-debar. Almaklumlah pengalaman pertama mengandung, setiap hari mula menghitung hari tak sabar nak lihat wajah anak yang bakal lahir.

Tanggal 23.09.2006 lahir seorang bayi lelaki yang diberi nama Muhammad Akhma Fikri Bin Halim.Segala kesusahan dan kesakitan tatkala melahirkan hilang bila mendengar tangisannya. Melihat wajahnya yang suci airmata mengalir tanpa di sedari."Ya Allah..syukur Alhamdulilah Kau berikan aku seorang anak yang comel dan sempurna". Terima kasih Ya Allah.

Masa berlalu begitu pantas, sedar tak sedar dah 2 tahun umur anak aku. Fikri itulah nama panggilan anak aku. Tapi umur 2 tahun fikri tak pandai cakap lagi, kalau aku panggil tidak ada respon, selalu menjeri-jerit dan terlalu agresif!!. Aku fikir itu perkara biasa, maklumlah fikri kecil lagi. Tapi tidak pada fikiran  seorang doktor, kelakuan fikri tidak normal!!.Fikri disahkan menghadapi masaalah pertuturan dan komunikasi(tidak fokus), atau dikenali sebagai Autisme.

Tatkala doktor mengesahkan anak aku Autisme, aku termanggu, autisme tu apa doktor?!,  "saya tengok anak saya ok je!"aku berkata."Memang tampak seperti biasa pada fizikal, tapi tidak pada mental. Antara tanda-tanda autisme nie kanak-kanak tu lambat bercakap, tidak respon bila kita panggil nama dia, tidak fokus, dan banyak lagi puan, tapi kalau saya lihat, anak puan nie Autisme +ADHD. Ok puan saya refer puan  pada pakar ya?!", jelas doktor dengan panjang lebar. " ADHD tu apa pulak doktor?!", aku mengajukan soalan pada doktor. "Hyperactive", ringkas jawapan doktor

Ya ALLAH!!, berilah aku Kekuatan dan Kesabaran untuk menempuh cabaran yang Kau Berikan Ya ALLAH. Dengan tidak bekerja, tidak mempunyai wang, tanpa pengetahuan tentang autisme dengan menghadapi krisis rumahtangga saat itu tidak kuat rasanya aku untuk menghadapi segalanya. Namun  ku gagahi juga membawa fikri ke hospital untuk terapi speech dan carapulih kerja.


 

.

Fikri lahir dengan keadaan fizikal yang sempurna, perkembagannya seperti biasa, bermula dari mengiring, meniarap, merangkak, memamapah dan berjalan, semuanya ok. Walaupun tempoh meniarap dan merangkak yang agak lama, tidak terlintas difikiran aku fikri mempunyai masaalah yang berat.


Fikri menjalani terapi pada usia 2 tahun, usia yang masih kecil lagi, cabaran untuk membawa fikri terapi pada usia itu sangat mencabar, keadaan aku yang tidak berkerja dan tidak mempunyai wang, fikri yang tidak pernah duduk diam, sentiasa terjerit-jerit dengan emosi yang tidak stabil, tiba-tiba nangis,tiba-tiba ketawa sangat sukar utuk mengawalnya. Kadang-kadang membuatkan aku stress!!.

                                                      Fikri 2 tahun
                                         

 Pernah aku membawa fikri ke hospital dengan menaiki bas awam, sebab kereta rosak, Ya Allah, Allah je yang tahu perasaan aku pada saat itu, bila fikri terjerit-jerit dalam bas, semua penumpang memandang aku dengan pelbagai reaksi. Malu?!, usah dikata, tapi aku buat tak tahu walaupun ada penumpang 'sound ' suruh anak aku diam. Disaat itu, hanya Allah je yang tahu apa yang aku rasakan. Walaupun muka nampak selamba, tapi hati sedih tidak terkira, Ya demi anak aku aku kena kuat!!. aku motivasikan diri aku sendiri agar terus bersabar.

Setelah setahun mengikuti terapi tak banyak perubahan yang berlaku pada fikri, namun aku tetap berusaha dan terus berusaha untuk terus membantunya, pada usia 3 tahun fikri masih tak pandai minta makan, tak  pandai uruskan dirinya sendiri kesimpulannya fikri tak pandai segala-galanya!. Kalau lapar hanya tahu menangis, masih pakai pampers!!, kalau sakit pun hanya tahu menangis!! Tidur pada waktu yang lewat, pukul 2 pagi masih belum tidur, 'bekerja' dan terus 'bekerja'.

 Aku mula terfikir akan alam persekolahannya, boleh ke fikri bersekolah?!, dengan keadaan dia yang macam nie?!, ada ke penempatan khas untuk dia?!. Satu hari, Ketua Kampung datang ke rumah ibuku bersama Pegawai Kebajikan Masyarakat kerana ingin melihat keadaan makcik aku, mak aku dah bertahun menjaga makcik aku yang kurang upaya, Alhamdulilah setelah bertahun mak aku menjaga makcik aku yang terlantar tanpa sebarang bantuan keewangan darpiada mana-mana badan kebajikan pun, syukur pada MU Ya Allah. Ibu Timah itulah panggilan Ketua Kampung di tempat aku, Ibu Timah yang memberitahu pada aku ada penempatan khas untuk kanak-kanak seperti fikri.Ibu Timah jugalah yang memberitahu kepada pihak JKM, mak aku ada menjaga makcik aku yang kurang upaya, TERIMA KASIH aku ucapkan, segala jasamu akan aku kenang hingga ke akhir hayat.


Aku bercadang nak daftarkan fikri pada umur dia 5 tahun, tapi Ibu Timah menyuruh aku daftar dengan segera, aku mengikuti nasihat Ibu Timah, aku pergi ke Sekolah untuk bertanyakan pendaftaran persekolahan fikri. Tidak semudah yang aku sangkakan, pelbagai prosedur yang aku kena buat!!!.Kena buat kad OKU, kena pegi PPD, kena dapatkan surat pengesahan Doktor pakar tentang pemasaalahan fikri.Turun naik pejabat JKM, pejabat PPD, pelbagai dokumen yang perlu diisi dan mendapatkan pengesahan dari pihak yang berkaitan. Ya Allah berilah aku kekuatan,berikan aku kesabaran,kecekalan!!.Apa yang aku lakukan ini adalah untuk masa depan fikri.Aku memotivasikan diri aku.

Masih segar dalam ingatan aku ketika aku nk buat kad OKU fikri, kereta rosak, aku naik bas, tiba di stesen bas hujan terlalu lebat,nak ke pejabat JKM masih jauh, nak tak nak aku redah je, sampai kat JKM aku basah kuyup, sejuk, tak payah cakaplah dengan 'air cond' yang kuat, dalam bangunan, aku tahan jelah,  balik dari buat kad OKU fikri aku demam seminggu.Walaupun demam tapi aku gembira sebab segala urusan untuk pendaftaran fikri sekolah dah selesai.

Fikri memasuki alam sekolah seawal usia 4 tahun, masih lagi pakai pampers, masih lagi agresif, masih lagi tidak pandai cakap. Setiap hari aku bertanya akan aktiviti fikri di sekolah, Cikgu fikri kata fikri ok, walau belum ada apa-apa perubahan pun. Cikgu yang sangat 'sporting' dan sabar ketika mendidik fikri. Aku masih bawa fikri menjalani terapi, walaupun ada perubahan tetapi tak banyak, yelah, fikri tak memberi kerjasama yang baik dengan pengawai terapi yang mengajarnya, kalau disuruh buat aktiviti, dia akan menjerit-jerit, mengamuk, semua pegawai tak tahan dengan jeritan dia yang nyaring!!.

Aku tahu, fikri dalam pemerhatian untuk diberikan ubat penenang, tapi aku 'request' dgn doktor agar tangguhkan dulu. Sebenarnya, sebagai seorang ibu tak sanggup melihat fikri di beri ubat penenang, sebab ia akan bergantung pada ubat penenang sampai bila-bila, aku membawa fikri berubat cara tradisional, sampai ke kelantan aku membawanya berubat. Aku tak peduli apa pun orang kata, ada yang kata aku pegi jumpa bomoh, jumpa pawang, lantakklah!!, Allah Yang Lebih Mengetahui. Setelah aku amalkan doa-doa dan zikir harian yang di berikan oleh ustaz di tempat aku berubat.Alhamdulilah,ada perubahan yang ketara fikri  tidak seagresif dulu.

Ibu!, itulah perkataan yang aku nanti-nantikan dari fikri, umur dah nk masuk 5 tahun, fikri masih belum boleh mengeluarkan sebarang patah perkataan pun, hati mula terdetik, mungkinkah fikri memang tak boleh bercakap?!, Ya Allah sekiranya itu takdirnya aku terima Ya Allah, aku redha!.

Aku ke kedai dengan mak aku, aku disapa oleh seseorang, bertanyakan mak aku, emm.. awak nie Rozalina kan?!.. haah..saya Rozalina, awak sapa ye?!..muka kenal..tapi x tahu nama..rakan sekolah aku..satu sekolah tapi tak satu kelas..saya Elzura..mak awak sakit kaki ya?!..haah..dah lama dah..kalau saya datang umah awak boleh?!..boleh datanglah..

Mak aku memang dah lama cakap dengan aku suruh cari ubat untuk sakit kai dia, tapi aku sendiri tak tau nk cari ubat apa?!. Dah bermacam-macam ubat mak aku makan, tapi satu pun tak mujarab!! makin sakit kakinya adalah. Elzura datang kerumah dan memperkenalkan shaklee pada mak aku, setelah mendengar penerangan dari El, mak aku setuju untuk membeli dan mencuba produk shaklee. Aku bertanya pada El, ada tak untuk kanak-kanak?!, sebab fikri tak suka makan nasi, fikri suka makan 'jajan' badan pun kurus je. El kata ada!.El cadangkan mealshake, vitalea for children dan b-complex.

Aku di bilik, sedang mengemas, tiba-tiba aku terdengar suara panggil ibu, aku terdiam, sapa yang panggil ibu?!, bila aku lihat fikri didalam bilik air, fikri!!..ibu!!..hah?! fikri panggil ibu?!..fikri memanggil lagi, ibu!!..mak..mak..fikri sebut ibu, mak..aku menangis dengan semahu-mahunya,dah lama aku menantikan saat ini.Ya Allah,syukur padaMu Ya Allah,dah lama aku nantikan saat yang indah ini Ya Allah!!

Sejak fikri 'berpisah' pampers, bila dia buang air kecil atau besar, dia akan duduk berjam-jam kat bilik air, sehingga aku atau mak aku yang terjumpa dia kat bilik air,sebab dia tak pandai cakap!!. Dulu, kalau buka pintu rumah fikri akan meluru keluar dan berlari tanpa ada tujuan, sukar untuk mengikuti perkataan yang aku ajarkan, bila tak dapat ikut dia menjerit, stress!! sebab dia tak boleh ikut perkataan yang aku ajar!!.

Alhamdulilah setelah fikri mengamalkan minum mealshake dan vita lea for children, fikri dah tak agresif seperti dulu,pintu rumah dah tak perlu di mangga lagi, kalau fikri keluar sekadar dilaman rumah dan duduk di kerusi sambil memerhatikan kenderaan yang lalu lalang didepan rumah dan menyebut jenis kenderaan tersebut. Teta(kereta), yoyi(lori), moto(motorsikal), sisikal(basikal). Fikri mula memberi respon bila aku panggil nama dia, dah boleh ikut perkataan yang aku ajar dengan mudah, dan paling indah fikri dah pandai panggil aku IBU!!, sangat indah pengalaman itu.

Kini umur fikri dah pun 7 tahun, masih mengamalkan susu+mealshake, masih lagi menjalani terapi speech dan carapulih kerja, kalau dulu sebulan sekali pergi terapi, kadang-kadang sebulan 3 kali. Tapi kini 4 bulan sekali, sekarang fikri dah beri kerjasama yang baik dengan pengawai terapi dan fokus dengan aktiviti yang dilakukan.Dengan terapi yang teratur dan konsisten sekarang fikri dah pandai buat ayat, dah pandai mandi sendiri, dah pandai minta dan makan sendiri, dah pandai pakai baju sendiri, kesimpulannya fikri dah pandai berdikari. Fikri  semakin bijak dan cerdik dan semakin matang. Ya Allah, terima kasih Ya Allah, Masih ada sinar kebahagiaan untuk fikri.





Nukilan ibu untuk fikri..
"Fikri, ibu tidak pernah menyesal dengan keadaan fikri, malah ibu bangga dengan fikri, walaupun banyak cabaran yang ibu tempuh untuk mendidik fikri tapi ibu tak pernah rasa terbeban.
Fikri, biarlah apa pun orang kata, orang kata fikri gila, fikri cacat,fikri tak sempurna, tapi cukup sempurna di mata ibu,cukup sempurna.
Ibu tahu fikri anak yang kuat semangat, apa yang ibu lakukan selama ini adalah untuk kebaikkan fikri, ibu nak fikri bisa berdikari tanpa mengharap bantuan orang lain. Mempertahankan diri fikri. Ibu tidak bisa sentiasa berada di sisi fikri.Ibu tahu fikri kuat, fikri bijak.
Ibu sentiasa doakan fikri menjadi anak yang soleh, anak yang pintar dan rajin, anak yang bisa menghomati orang yang lebih tua dari fikri dan anak yang bisa menyumbang jasa dan bakti pada negara, walau fikri berbeza dari orang lain tapi itu bukan alasannya untuk terus berjaya dalam hidup.
Fikri bagi ibu, Fikri adalah PERMATA HATI IBU YANG TIDAK TERNILAI.

Sekarang saya amat YAKIN dan PASTI dengan shaklee. Saya yakin dengan keSELAMATannya. Shaklee adalah produk yang SIHAT,SELAMAT dan mendapat kelulusan KKM. Alhamdulilah, sekarang saya sedang berusaha untuk menyakinkan anda-anda diluar sana untuk bersama-sama dengan saya dalam USAHA menjadi SIHAT dan CERDAS. Bantulah saya untuk bantu anda. Inn Shaa Allah, saya akan cuba sebaik daya untuk membantu anda.

Kepada sesiapa yang berminat dengan shaklee boleh menghubungi @ email saya:



Terima kasih Elzura kerana memperkenalkan shaklee kepada saya dan mak saya, Alhamdulilah, sakit kaki mak saya semakin berkurangan.Sebagai manusia, kita harus berusaha untuk mencari penawar sekiranya kita sakit, Shaklee adalah medium, tapi semuanya dari keizinan Allah.

"Sharing is caring"
https://www.facebook.com/DamaiSihatHerbs



2 comments:

  1. Good Sharing Roza! Saya pasti ia akan memberi inspirasi kepada ibu-ibu lain.. In shaa Allah.

    ReplyDelete
  2. Mohon share yer, utk manfaat ibu bapa di luar sana...

    ReplyDelete